Followers

Thursday 27 October 2011

SUKA~DUKA DI SMTTM

Salam Khamis....di saat berseorangan di ofis..bertemankan file-file n document2 untuk diselesaikan...(byk..0_o)
....tibe2 RINDU kenangan disekolah SMTTM (Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah).. .banyak suka duka bersama teman2...dan bermacam2 kisah dapat aku tahu melalui FACEBOOK....Ada yang dah kawen...punyai anak....(bahagianya.....=)....ade jugak yg telah mengadap ilahi....innalillah..T_T....

 =)
 dari kiri: Apex(Halim)..aku....(lupe nama) n ise
belakang:Mat Z, Hapiss Hakimi n Nor
(5PKM1)-2004

 Aku..Naniey n Pejal
2004


 Srikandi'sz of SMTTM


 Aku,zt,lalink..(pg) mira n mat ganu(name kl..boy..)
 2004

Kem ke Lata Belatan
Prefect'zz of SMTTM
2003

=(

 Bila kami kehilangan warga smttm : 1.ArwahCikgu Kelas Elektrik/Elektronik (naik kete Arena)
                                                       2. Arwah Lan (kelas Automotif)- ditikam   
                                                       3.Arwah Asri (accident)
....dan yg terbaru...kami bakal kehilangan seorang lagi warga SMTTM......dukacita dimaklumkan..Saudara ABU HANIFAH dari kelas elektrik...2003-2004 dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Hakim Azman Abdullah kerana kesalaham memiliki pil kuda yang mengandungi dadah metamphetamine seberat 115.9 gram..

Ihsan SINAR HARIAN.....


Edar 5,973 pil kuda: Pemuda dihukum gantung


 
 
KOTA BHARU – Padah mengedar 5,973 dadah pil kuda di kawasan berhampiran sebuah hotel di sini, tahun lalu, seorang pemuda seawal usia 24 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Abdullah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi Abu Hanifah Abdul Aziz dari Tanjung Stan, di sini.

“Kamu didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan, maka, saya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Sejurus keputusan itu dibacakan, suasana hiba menyelubungi bilik mahkamah itu apabila beberapa ahli keluarga tertuduh dilihat menangis dan mengesat air mata sebelum masing-masing bersalaman dengan Abu Hanifah.

Berdasarkan pertuduhan, Abu Hanifah didakwa mengedar pil kuda yang mengandungi dadah metamphetamine seberat 115.9 gram berkenaan di Jalan Dusun Muda di sini, pada jam 6 petang, 27 Ogos 2010.

Dia yang masih bujang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 10 Januari lalu.

Kesnya dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Abdul Razak Wan Hussin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Syukri Mohamed.

Untuk rakan-rakan yang mengenali beliau....same2 lah kita berdoa untuk Abu....moga sentiasa dilindungi olehNya...Bukan niat saya untuk mengaibkan beliau dan keluarga...niat hanya untuk PERINGATAN kita semua..Wassalam....

p/s: warga smttm..miss u olls  =)

No comments:

Post a Comment