Followers

Tuesday 13 March 2012

Alhamdulillah KEMBALI BERSATU~

Salam..
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....Itulah yang terpaksa digalas oleh saudara Amir .Kehilangan kerja..mendapat andaian buruk dari pihak2 tertentu...Kita tidak seharusnya menilai sesuatu tanpa mengetahui cerita yang sebenar...Alhamdulillah......segalanya selesai.....Bersatu kembali dua beranak ini....

Akhirnya bersatu kembali.

KUALA LUMPUR: “Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak),” kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.

Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.
p/s: buat abg AMIR n ibunya...Semoga tabah menghadapi dugaan hidupp..AMIN...

No comments:

Post a Comment