Sayu hati ini bila membaca Harian Metro hari ini.....tentang seorang BONDA yang lumpuh ditinggalkan si anak di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur....
Menangis saya....Ya Allah....Duhai si anak....Kenapa BONDA yang melahirkan kamu harus diperlakukan sebegini rupa.??....Dimana nilai kemanusiaan....?? Ibu ini yang melahirkan kamu....
SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU.....T_T
Saya mendoakan agar anaknya INSAF dan kembali kepangkal jalan....Sama2 kita berdoa...dan ini juga satu peringatan kepada saya sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini....Mintak dijauhkan dari perkara-perkara macam ini.....
Saya menghormati dan berbangga dengan sikap dari pihak hotel yang sangat bertanggungjawab dan sudi membantu....walaupun bangsa dan agama yang berbeza...namun mereka juga punya hati dan perasaan....
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.
KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila
menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel
bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari
lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya
menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas
anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di
Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke
ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya
P/S : Same2 kita berdoa agar kesihatan bonda ini sentiasa sihat walafiat hendaknya dan semoga anaknya
kembali kepangkal jalan....amin...Ya Allah kau berikanlah hidayah kepada anak bonda nie....
SAYA SAYANG BONDA SAYA.......SAMPAI MATI
No comments:
Post a Comment