Seorang anak yang pintar....tabah menghadapi segala dugaan bila disahkan menghidapi "Barah Darah"...Hingga akhir hayatkan..keluarga tetap disisi...dan beliau kuat menghadapi segalanya..Hati ibu bapa mana tak sedih melihat anak yang masih kecil terbaring berperang dengan kesakitan.....
Tapi Allah itu Maha Penyayang,Pengasih lagi Mengetahui....DIA takkan menduga hambanya jika tidak mampu untuk menghadapinya...Kehilangan adik Faris diganti dengan seorang anak yang sedang dikandung oleh ibunya....Alhamdulillah....moga dilimpahi rahmat darinya.....
Faris...memang seorang pahlawan......!!
Adik FARIS NUR DANIEL
26.06.2006-23.02.2012
Bingkisan dari seorang ayahanda untuk anakanda tercinta......
Faris dalam kenangan (26/06/2006 - 23/02/2012)
Dilahirkan
secara normal dan cukup sifat. Anak ke 3 dan bongsu. Menyusu badan
hinggalah berumur 2 tahun. Kesian kat ibu hehehe. Abang Ngah & Kak
Long pun berhenti menyusu badan bila ibu dah habis pantang...Memang
seorang anak yg tak banyak ragam & songeh. Berbeza sangat dengan
abang & kakaknya yg kuat menangis dan sawan sewaktu kecil (mungkin
ikut keturunan ibu dan ayah yg memang ada sejarah sawan semasa
kecil). Dulu semasa kak long & abg ngah, setiap kali nak jalan jauh
atau balik kampung, kami mesti risau sebab diaorg suka menangis (jenis
yg tak henti2 ), tapi alhamdulillah Faris langsung tak ikut jejak
mereka, senang nak dibawa jalan kemana2 pun... nak dengar dia menangis
pun susah.
Hinggalah dia berumur 4 tahun barulah saya
& isteri perasan sesuatu pada Faris. Dalam tempoh setahun beratnya
tidak pernah naik & pertumbuhannya juga seperti terbantut. Bila
ditanya pada doktor, mereka kata normal, tak perlu risau. Dan apabila
usia Faris 5 tahun, kami ambil keputusan untuk check dengan pakar di
HUKM (bayangkan berat Faris cuma naik 1kg sejak umur 3tahun &
ketinggian masih sama), hati ibubapa mana yg tidak risau?...Dan hasil
ujian akhirnya mengesahkan bahawa Faris mengalami masalah pertumbuhan
hormon. Memang terkejut kami waktu tu...walaupun Faris nampak sangat
aktif, ceria & periang masa tu, namun kami tetap risaukan
pertumbuhan ketinggiannya yg seolah2 terhenti.
Hasil perbincangan
dengan doktor, kami ambil keputusan utk beri suntikan hormon pada
Faris. Bayangkan suntikan hormon tersebut perlu disuntik setiap malam
selama 3-5 tahun ( mungkin lebih). Nak cucuk dia setahun sekali pun dah
kesian, inikan pula nak cucuk hari2... Memang tak tergamak tapi
memikirkan kehidupan dan masa depannya nanti, kami rasa apa yg kami buat
tu perlu.
Jadi, setiap malamlah (sebelum tidur), saya
akan suntik hormon tumbesaran pada perut Faris dan setiap kali jugalah
Faris akan cool...tak menangis apatah lagi menjerit...malah siap bukakan
baju utk bagi saya cucuk perutnya. Hanya sesekali beliau akan kata
sakit (itupun jika tersalah cucuk pada uratnya). Jika saya & isteri
terlupa sekalipun, dia yang akan ingatkan malah siap ambil jarum &
ubat dlm peti ais dan beri pada kami. Dia hendak sangat tinggi macam
budak2 lain yg sebaya dengannya... Itulah Faris!
Alhamdulillah,
selepas 6 bulan disuntik, Faris sudah menampakan perubahan. Berat &
ketinggiannya sudah bertambah. Dia pun sangat2 gembira apatah lagi kami
ibubapa... Dia tahu ibubapanya akan buat yang terbaik utk dia.
Mula
ke sekolah seawal usia 4 tahun. Pernah suatu ketika arwah mengadu
“Faris tak suka la cikgu tu asyik nak dukung je.. biarlah faris jalan
sendiri”... Memang menjadi kebiasaan cikgu2 suka dukung faris daripada
pagar sekolah hinggalah masuk ke kelas. :)
Kuat mengusik &
menyakat terutama dengan kak longnya. Kalau bergaduh pun boleh tahan
jugak tu...tak padan dengan kecik :) Juga sangat2 meminati kereta
terutama “CARS Lightning McQueen”, daripada kasut, baju, jam &
topi, semuanya nak CARS...
Mungkin mengikut jejak ayahnya, dia sangat sukakan photography, climbing & sukan badminton...TAPI
-Kalau 100 keping gambar yang ditangkapnya, 80% adalah gambar keretanya... :)
-Kalau memanjat bukit, 10 minit je dia nak jalan..lepas tu suruh dukung. Adoiiii
-Kalau
main badminton, hanya dia je boleh smash..org lain tak bole! Dan
shuttlecock mesti sampai kat dia sebab jangan harap la dia nak lari :)
Pernah
mengeluh sewaktu kak long memohon ke Sekolah Berasrama Penuh &
MRSM. Katanya “Kalau kak long duduk jauh2, takkan dia nak main/kawan
dengan abg ngah jer?”.... Kesian pun ada!
Perkara yang saya tak boleh lupakan (mungkin tak sepatutnya kita cakap dengan anak2 macam ni).
Saya
pernah kata pada arwah sewaktu nak tidur dengannya “Nanti kalau ayah
dah takde(meninggal dunia), Faris jangan lupa solat & doakan utk
ayah tau?”... Terus dia menangis semahu mahunya dan cium pipi saya tanpa
henti. Kataya “dia tak mahu sesiapa pun mati...dia sayang semua orang.
Dia sayang ayah, ibu, abg ngah, kak long & opah”
Saat itu memang saya rasa tersilap sangat bercakap macam tu kat dia... memang menyesal & terkilan....
Tak sangka pula yang dia dulu akan tinggalkan semua orang yang disayangi.... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia!
Al-Fatihah!
BERSAMBUNG (Sebulan terakhir bersama Faris)

p/s : Facebook abah...http://www.facebook.com/Abahko......to be continued.....
Thanks for sharing...
ReplyDeletewelcome Abah....sesungguhnya dia memang seorang pahlawan di hati kiter semua....aMIn..Al-Fatihah....moga tenang disana sayangku....
ReplyDeletenice. :)
ReplyDeletethanks support singautara....masa kita belum tiba.....doakan yg terbaik untuk segalanya...amin
ReplyDeleteSemoga arwah sntiasa dibawah rahmat Allah....alfatihah...:-(
ReplyDelete