Followers

Saturday, 26 November 2011

Kehangatan "TENTANG DHIA"

Sob..sob....seriously cerita ni best...jarang skali diri ni nk melayan cerita2 episod...tetibenye terlayan.woooho...thanks a lot to http://www.tonton.com.my sebab dapat tengok balik episode yang terlepas....go0d job....

 Hati wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara tatkala dilanda badai  ujian dan dugaan tanpa henti.......

OST drama TENTANG DHIA....memang best..luv Adi Putra..heheh
 Sinopsis


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora danish) yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihaninya.percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai.Raffi(Irfan Roslan) dan Azmi(Ako Mustapha), dua lelaki berbeza dari latar belakang..


Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa,Azmi adalah cucu seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati.Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi,walaupun Raffi,jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi....


Tergamam apabila Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis perkahwinan,Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan.Namun hatinya ikhlas mencintai Dhia,lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.


Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya.Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi.Tertekan dan terdesak,Melly mengenakan Azmi.


Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis.Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar,mengenangkan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi...


Namun,berkat ketabahan hatinya,Dhia memaafkan Azmi dan majlis perkahwinan tetap berlangsung seperti dirancang.Namun majlis perkahwinan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.Mereka mahukan Azmi supaya bertaggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung...


Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila.Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaannya Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.Bagaikan pelangi selepas hujan,hidup Dhia  didatangi Zikir (Adi Putra),seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama fendi dan mereka bekerja di firma sama.Zikir sangat diminati Rose(Tasha Shila) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.


Malang tidak berbau Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika  hendak pergi mengerjakan solat Jumaat.Zikir datang kekampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pianng dan ditemani isteri arwah Fendi,Suraya.


Ketika menjamah nasi lemak disebuah gerai di kampung itu,Zikir terlihat Dhia.Mata bertentang mata,Zikir
terpesona dengan keyuan Dhia.Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya didalam hidup Zikir??


P/s: ALLAH itu Maha Adil....Kebahagian akan kiota kecapi akhirnya..Inshaallah..Amin..





KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH





Kemaafan Dendam Yang Terindah

Artist: Aishah
Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah

K0NSERT IBTIDAIYAH...kembara cinta,gombak

Sabtu lepas....saya n my sista blik rawang,,,,kami berkesempatan ke mini konsert ibtidaiyah..kembara cinta di gombak....konsert bermula dri jam 9malam hingga 11.30mlm...host by my anak buah,,,Zack Merican n his fren....by heart clan crew.....
Banyak pengisian dan perkongsiaann ilmu tentang KEMBARA MENCARI CINTA diperolehi.........
congrate guys!!~~


Persembahan pembukaan dari adik2 dari Raudhah,,,fuh..memang meremang dgr suara adik ni.......


IN-TEAM

IN HEART(pernah masuk akademi nasyid)

 FIGURA (2 dri kiri anak buah den..hensemmm)

 MUADZ

Selepas persembahan abg muadz ni....ade lagi 1 group...lupe da..acctually xsempat nk snap gmbr...duk sibuk ngn budak kecik sorang ni....hehhe..Last perfomance dri dorang sume..mmg awesome .....diketuai oleh abg Jebat (Ruffedge)....


 dh dapat dah angry bird die.....woohooo

 me n adik

 my sista with himmm...
tengok jam merah tue.. i punyer...dia nak..hahah(budak mane x berkenan....gmbr doraemon)
aku yg kebudak-budakkan....hahhhaha

 andak,abang teh,alang my sista n adik...

 bila budak kecik dh kenyang.....

 nk jugak pEACE tue..

pose sayang KAK ILA katenyer...

happy:p

taken by ADIK....

P/S : Semoga kebahagian ini kekal selamanya amin.....Insahallah  ...kembara mencari cinta aku bertemu jua...ngee!!~~