Followers

Friday, 9 March 2012

Nasib BONDA...

Assalamualaikum....Salam Jumaat....Mulakan pagi dan hari yang mulia ini dengan penuh keberkatan dariNYA....Amin-amin Ya Rabbal Alaminn.....




Sayu hati ini bila membaca Harian Metro hari ini.....tentang seorang BONDA yang lumpuh ditinggalkan si anak di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur....

Menangis saya....Ya Allah....Duhai si anak....Kenapa BONDA yang melahirkan kamu harus diperlakukan sebegini rupa.??....Dimana nilai kemanusiaan....?? Ibu ini yang melahirkan kamu....
SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU.....T_T

Saya mendoakan agar anaknya INSAF dan kembali kepangkal jalan....Sama2 kita berdoa...dan ini juga satu peringatan kepada saya sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini....Mintak dijauhkan dari perkara-perkara macam ini.....

Saya menghormati dan berbangga dengan sikap dari pihak hotel yang sangat bertanggungjawab dan sudi membantu....walaupun bangsa dan agama yang berbeza...namun mereka juga punya hati dan perasaan....





KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya

P/S : Same2 kita berdoa agar kesihatan bonda ini sentiasa sihat walafiat hendaknya dan semoga anaknya  
        kembali kepangkal jalan....amin...Ya Allah kau berikanlah hidayah kepada anak bonda nie....


SAYA SAYANG BONDA SAYA.......SAMPAI MATI






Monday, 5 March 2012

Erti sebuah "KEADILAN"

Tersentuh hati ini membaca satu kisah melalui teman2 alam maya saya...tentang seorang nenek..Sayu hati ini melihat raut wajah nenda ini....penuh dengan kesedihan...Rindu saya kepada arwah nenda tercinta.....
Moga tenang disana...Amin...

Bagi saya....ini satu pengajaran untuk kita semua sebagai insan di muka bumi 4_l_ll ini...Allahuakbar!!~

Memberi kepada yang perlu....Sharing is Loving....

Inilah Kisahnya....






Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.




Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuaDi ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.


”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.


Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.


‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.


“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”


sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.


Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
p/s : Tidak semua insan didalam dunia ini zalim..... Allahuakbarr!!

Tentang "FARIS"~pahlawan berkuda

Assalamualaikum.....salam pagi ahad...huhuh...tersentuh hati ini bila terbace tentang  adik Faris...menerusi facebook ayahanda nya....Saya mengikuti kisah adik ini dari mula hingga akhir hayatnya..memang terkedu n terkesima dibuatnya...Saya yang memang langsung tiada hubungan keluarga turut merasa kehilangannya ....

Seorang anak yang pintar....tabah menghadapi segala dugaan bila disahkan menghidapi "Barah Darah"...Hingga akhir hayatkan..keluarga tetap disisi...dan beliau kuat menghadapi segalanya..Hati ibu bapa mana tak sedih melihat anak yang masih kecil terbaring berperang dengan kesakitan.....

Tapi Allah itu Maha Penyayang,Pengasih lagi Mengetahui....DIA takkan menduga hambanya jika tidak mampu untuk menghadapinya...Kehilangan adik Faris diganti dengan seorang anak yang sedang dikandung oleh ibunya....Alhamdulillah....moga dilimpahi rahmat darinya.....

Faris...memang seorang pahlawan......!!


Adik FARIS NUR DANIEL
26.06.2006-23.02.2012

Bingkisan dari seorang ayahanda untuk anakanda tercinta......

Faris dalam kenangan (26/06/2006  -  23/02/2012)

Dilahirkan  secara normal dan cukup sifat. Anak ke 3 dan bongsu. Menyusu badan hinggalah berumur 2 tahun. Kesian kat ibu hehehe. Abang Ngah & Kak Long pun berhenti menyusu badan bila ibu dah habis pantang...Memang seorang anak yg tak banyak ragam & songeh. Berbeza sangat dengan abang & kakaknya yg kuat menangis dan sawan sewaktu kecil (mungkin ikut keturunan ibu dan ayah yg memang ada sejarah sawan semasa kecil). Dulu semasa kak long & abg ngah, setiap kali nak jalan jauh atau balik kampung, kami mesti risau sebab diaorg suka menangis (jenis yg tak henti2 ), tapi alhamdulillah Faris langsung tak ikut jejak mereka, senang nak dibawa jalan kemana2 pun... nak dengar dia menangis pun susah.

Hinggalah dia berumur 4 tahun barulah saya & isteri perasan sesuatu pada Faris. Dalam tempoh setahun beratnya tidak pernah naik & pertumbuhannya juga seperti terbantut. Bila ditanya pada doktor, mereka kata normal, tak perlu risau. Dan apabila usia Faris 5 tahun, kami ambil keputusan untuk check dengan pakar di HUKM (bayangkan berat Faris cuma naik 1kg sejak umur 3tahun & ketinggian masih sama), hati ibubapa mana yg tidak risau?...Dan hasil ujian akhirnya mengesahkan bahawa Faris mengalami masalah pertumbuhan hormon. Memang terkejut kami waktu tu...walaupun Faris nampak sangat aktif, ceria & periang masa tu, namun kami tetap risaukan pertumbuhan ketinggiannya yg seolah2 terhenti.
 Hasil perbincangan dengan doktor, kami ambil keputusan utk beri suntikan hormon pada Faris. Bayangkan suntikan hormon tersebut perlu disuntik setiap malam selama 3-5 tahun ( mungkin lebih). Nak cucuk dia setahun sekali pun dah kesian, inikan pula nak cucuk hari2... Memang tak tergamak tapi memikirkan kehidupan dan masa depannya nanti, kami rasa apa yg kami buat tu perlu.

Jadi, setiap malamlah (sebelum tidur), saya akan suntik hormon tumbesaran pada perut Faris dan setiap kali jugalah Faris akan cool...tak menangis apatah lagi menjerit...malah siap bukakan baju utk bagi saya cucuk perutnya. Hanya sesekali beliau akan kata sakit (itupun jika tersalah cucuk pada uratnya). Jika saya & isteri terlupa sekalipun, dia yang akan ingatkan malah siap ambil jarum & ubat dlm peti ais dan beri pada kami. Dia hendak sangat tinggi macam budak2 lain yg sebaya dengannya... Itulah Faris!
Alhamdulillah, selepas 6 bulan disuntik, Faris sudah menampakan perubahan. Berat & ketinggiannya sudah bertambah. Dia pun sangat2 gembira apatah lagi kami ibubapa... Dia tahu ibubapanya akan buat yang terbaik utk dia.

Mula ke sekolah seawal usia 4 tahun. Pernah suatu ketika arwah mengadu “Faris tak suka la cikgu tu asyik nak dukung je.. biarlah faris jalan sendiri”... Memang menjadi kebiasaan cikgu2 suka dukung faris daripada pagar sekolah hinggalah masuk ke kelas. :)
Kuat mengusik & menyakat terutama dengan kak longnya. Kalau bergaduh pun boleh tahan jugak tu...tak padan dengan kecik :) Juga sangat2 meminati kereta terutama “CARS Lightning McQueen”, daripada kasut, baju, jam & topi, semuanya nak CARS...

Mungkin mengikut jejak ayahnya, dia sangat sukakan photography, climbing & sukan badminton...TAPI
-Kalau 100 keping gambar yang ditangkapnya, 80% adalah gambar keretanya... :)
-Kalau memanjat bukit, 10 minit je dia nak jalan..lepas tu suruh dukung. Adoiiii
-Kalau main badminton, hanya dia je boleh smash..org lain tak bole! Dan shuttlecock mesti sampai kat dia sebab jangan harap la dia nak lari :)

Pernah mengeluh sewaktu kak long memohon ke Sekolah Berasrama Penuh & MRSM. Katanya “Kalau kak long duduk jauh2, takkan dia nak main/kawan dengan abg ngah jer?”.... Kesian pun ada!

Perkara yang saya tak boleh lupakan (mungkin tak sepatutnya kita cakap dengan anak2 macam ni).
Saya pernah kata pada arwah sewaktu nak tidur dengannya “Nanti kalau ayah dah takde(meninggal dunia), Faris jangan lupa solat & doakan utk ayah tau?”... Terus dia menangis semahu mahunya dan cium pipi saya tanpa henti. Kataya “dia tak mahu sesiapa pun mati...dia sayang semua orang. Dia sayang ayah, ibu, abg ngah, kak long & opah”
Saat itu memang saya rasa tersilap sangat bercakap macam tu kat dia... memang menyesal & terkilan....
Tak sangka pula yang dia dulu akan tinggalkan semua orang yang disayangi.... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia!

Al-Fatihah!

BERSAMBUNG (Sebulan terakhir bersama Faris)

p/s : Facebook abah...http://www.facebook.com/Abahko......to be continued.....